29 January 2010

Hijrah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (part 1)

Assalamualaikum....

Hari ni nak menulis mengunakan bahasa malaysia pulak... hehehhe..
Setelah sekian lama memerapkan nota catatan ceramah yg telah saya hadiri beberapa bulan yang lepas bersempena dengan sambutan Maal Hijrah (tak ingat tarikh), baru kini tergerak hati ini utuk menaip dalam blog yang penuh dengan sawang dan rasanya ada juga labah-labah... hahahahha...

Ceramah Maal Hijrah tersebut telah disampaikan oleh Encik Nik Syuharul Apizo Safien, yang merupakan seorang kaunseler berdaftar dengan nombor pendaftaran 00934. ceramah yang dsampaikan beliau padat dengan pesanan-pesanan dan peringatan untuk remaja...

Tajuk ceramah pada malam tersebut adalah HIJRAH MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Walaupun tajuk tersebut nampak berat, tetapi penceramah berjaya menyampaikan dengan gaya yang tersendiri dan amat sempoi... ceramah dimulakan dengan selawat dan salam ke atas nabi junjungan, puji-pujian kepada Allah swt yang maha agung dan kata-kata aluan... perkara pertama yang beliau suruh buat adalah memilih 5 nombor antara 1-10. setiap nombor mempunyai maksud yang tersendiri... Ini bertujuan untuk menarik perhatian kami dan mengelakkan berlakunya kebosanan ke atas para pendengar. hahaha... suasana agak riuh sewaktu modul tersebut dijalankan...

setelah itu, beliau memanggil beberapa orang sahabat saya... beliau mengajukan soalan berbunyi "adik nak tak jadi pelacur?pengedar dadah?" sudah tentu apabila kita diajukan dengan soalan behitu kita akan menjawab "tak nak!" tetapi, tahukah kita sekarang seramai 280 000 penagih dadah dan lebih daripada 250 000 anak luar nikah di negara kita yang tercinta ini? dan lebih menagibkan lagi MAJORITI yang terlibat dalam kes seumpama ini ialah kaum MELAYU yang beragama ISLAM!!! sedarlah wahai pemuda- pemuda Islam.... semua ini berlaku berpunda daripada diri kita sendiri... sedih bila mengetahui bahawa segelintir remaja menghabiskan masa selama 1 jam 40 minit seminggu menonton cerita lucah sedangkan masa tersebut boleh digunakan untuk membuat kerja yang lebih berfaedah...

saya percaya dan bersetuju dengan pendapat beliau bahawa kita boleh menjadi seorang yang baik jikalau kita hendak menjadi baik... sedarlah bahawa setiap perbuatan kit awalaupun sebesar zarah, Allah nampak dan akan dihitung... jangan kita buat sesuatu yang tak baik jika kita tak nak sesuatu yang buruk menimpa ke atas keluarga kita... pesan En.Nik....

Kemudian, beliau menayangkan video seksaan kubur... Subhanallah....terdetik di hati, video tersebut hanyalah simulasi.. itupun dah meremang bulu roma tatkala menonton.. apatah lagi jika seksaan kubur yang sebenar...
kemudian, penceramah ngupas serba sedikit tentang tajuk ceramah malam itu...
Allah beri petuntuk terlalu banyak kepada kita supaya kkita berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik... tetapi, kita terlalu sombong dan angkuh untuk tunduk kepada buki-bukti tersebut....tepuk dada, tanya iman...
antara bukti Allah untuk golongan yang baik ialah:
-mayat tidak reput (orang yang menghafal Al-Quran dan ibu yang meninggal sewaktu melahirkan anak) walaupun telah berusia berpuluh-puluh tahun.. subhanallah...

insyaAllah saya akan menyambung kembali perkongsian ceramah ini... terlalu panjang dan banyak intipatinya...
wasalam....


1 comment:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....