28 July 2009

apasal aku malas solat????

Assalammualykum..

Bukan nukilan ana, tetapi nukilan seorang insan yang ana tlh baca..

Untuk tarbiyyah ana sendiri, juga sahabat semua..



Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan
bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada
tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas solat,
Kerja dah best keluarga pun dah
senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup
berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak
boleh luang..

Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi otak supaya aku tak
bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah
senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak
kenang...

Apasal la aku malas solat,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup
beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh
hutang...?

Apasal la aku malas solat,
Aku kena ingat umur kita bukannya
panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-
sorang....

Apasal la aku malas solat,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu
panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada
siapa boleh halang!!!



p/s : nukilan dipetik dari blog seorg sahabat.Fikir-fikirlah...


Maaf ya, ana tukarkan perkataan sembahyang kepada solat..

Terima Kasih atas nukilan yang sangat bes ini..

Wassalam..




27 July 2009

bismillahirahmanirrahim...

diriku,
dalam rancak kau menyram taman hati
insan lain,
kau terlupa membajai taman hatimu
sendiri,
agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan
ALLAH,
tersentuh dengan daulatNYA,
merasa terpikul amanah ad-Deen ini...

diriku...
seringkah kau mencari jalan
agar hatimu sentiasa lembut halus
sentuhanNYA
agar sentiasa sedar akan keagunganNYA
insafilah kekerdilan, kelemahan, kealpaan,
dan kesilapan dirimu...?
ketahuilah diriku,
hatimu itu keras, khusyukmu kurang
syukur dan redhamu tidak banyak kau
hadiahkan padaNYA
terlalu banyak kurang dan salahmu...

diriku.. tunaikanlah solatmu dalam kusyuk
dan tenang
muhasabahlah dirimu kala sunyi
selamilah kalam2 al-quran yang kau
prjuangkn
padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera
perjuangan ini...

diriku...
pda nawafil dan amalan sunat
ada jalan yang hampir untukmu
berkasih sayang dengan tuhanmu
pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu
diiring esak airmata keinsafan dan
keikhlasan
kau akan temui kemanisan taqarub
di bawah duli kebesaranNYA
disitu ada bekalnya...
lazimilah awal harimu dngan Ma'thurat
pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie

diriku...
pada tawadhuk,pada ukhwafillah,pada
infaq fisabilillah
pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
ada ketenangan dan ekuatan

diriku...
amanahlah kau dihadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu
namun rasailah kekerdilan dirimu
di hadapan kudrat dan iradatNYA
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN...

buat diriku dan sahabat sekalian,
NuR
setiap perkara yg trjd e2lh yg trbaik

WASSALAM~

renungan...

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita tidak boleh
selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita bisa
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk bisa mengumpulkan pujian dan kritik dan menyeleksi mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya.
Karena tidak akan ada satu orang pun yang bisa mencuri otak kita, pikiran
kita dan ide kita.
Dan apa yang anda pikiran dalam otak anda jauh lebih berharga dari pada emas
dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.
Karena mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa
membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.
Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah
sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh didalam tulang iga kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal
dari hati kita yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan
pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai
dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemukan cinta yang jauh
lebih indah.

renungkanlah...

24 July 2009

assalamualaikum...
aku tertarik dengan satu artikal yang terdapat d www.iluvislam.com..
artikal mengenai sahabat..
berkenaan 10 elemen yang perlu ada dalam menjalinkan persahabatan dan sepanjang pengalamanku menjalinkan persahabatan dengan sahabat-sahabatku, elemen-elemen seperti inilah yang mewarnai persahabatan kami dan alhamdulillah berkekalan hingga sekarang...

10 elemen dalam persahabatan...

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).


"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

13 July 2009

merapu?merepek?kerepek?

assalamualaikum...
lamanya aku x update blog..
huhuhu..
busy giler!!!
hari ni aku buat experiment pasal organic compound dan cara nak test methene..
penat ooo!!!
huhuhu...
wkt buat experiment pasal methene, terjadilah insiden yg lawak + mengerikan..
hahaha..
ktorg disuroh collect gas methene sendiri..
waktu proses mengumpol methene, tetibe je test tube ktorg pecah!
dah lah jarak test tube tue dgn aku dkt gler!
nsb baik la aku gne cermin mata..
kalo tak...
tsk...tsk...tsk...
x tau ape yg jadi...
hahaha...
cuak gak..
tapi last2 aku, mahirah n fido dido gelak!
hahaha...nsb baik x jadi apa2 kemalangan yg x diingini..
alhamdulillah...

ha! nak ucapkan tahniah kpd bro naim! dah nak naik pelamin x lama lagi...
x tauk gik dapat ndak kah kmk g majlis nikah ktk klak...

kpd sahabat2 d matrikulasi d seluroh malaysia terutamanya d matrikulasi labuan dan asasi d universiti islam antarabangsa malaysia (UIAM), slamat berjuang! polah bagus2 mid sem exam ya!!! kmk 2 nesa lamak gik mok mid sem exam.. hehe~ XD
jelez kat ktk org dpt blt kch nex week..
huhuhu..
kmk mok balit jwk!!!!

x sabar nak g tengok Harry Potter and the Half Blood Prince!
harry, wait 4 me!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

01 July 2009

salam..
hurm.. jumaat ni ada kuiz vector dan algebra..
aku langsung blom study..
apa nak jadi??!!!
tapi ramai budak2 cakap soalan senang jer..
harap2 gitu la..
next week ada kuiz physics..
lagi la haru..
aku dah lah tak faham sangat physics..
tadi aku dengar khabar angin yang mengatakan bahawa dah ada seorang student UM yang dijangkiti H1N1..
yang membuatkan aku lebih risau budak yang dijangkiti tu tinggal di kolej kediaman ke-11..
dah lah kolej 11 tu blakang kolej 12 jer..
dekat nyer..
takoooottttt....
huhuhuhu...
ya Allah, hambaMU ini mohon kepadaMu supaya dijauhkan daripada musibah dan marabahaya...
amin..

p/s:kalau ada gejala2 seperti demam, selesema, batuk, sesak nafas etc, silalah buat pemeriksaan kesihatan dengan segera...