24 December 2008

salam perpisahan buat sahabat 5sains1 2008

sahabat-sahabatku
5 musim kita lalui bersama
menempuhi dugaan hidup sebagai pelajar
bergelak ketawa bercanda mesra
berkongsi duka mahupun suka

kini, wahai sahabatku...
kehadiran saat memilukan hati tiba
noktah itu telah sampai
namun, kutabahkan hati ini
menghadapi perpisahan ini

perpisahan kian menjelma
begitu perit bagiku untuk menerima
bila adanya pertemuan pasti ada perpisahan
dan perpisahan sudah pasti memjanjikan pertemuan kembali
tapi...
entah bila, di mana
sukar bagiku merramalkannya

sahabat-sahabatku...
tidak pernah ku sesali pertemuan kita dahulu
memori pahit, manis, duka mahupun suka bersama kalian
takkan pernah ku lupakan
kenapa?
kerana memori itulah yang menjadi penggalak untuk
kejayaan ku kelak...

nukilan,
irna suriana...

1 comment:

Eyna Wen said...

Syah....
ingat wak ktk ngan nukilan kmk ya oww..
jd mkin rindu mek nagn ktkorg syah....