28 June 2008

Lima perkara aneh...

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

14 June 2008

renungan...







inai...


tok inai nak di polah mek time abg.pojan kawin...

Wanita yang menutup aurat kolot???

Lelaki dan perempuan mempunyai peranan dan tanggungjwab yang tertentu di dalam Islam. Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat 71)

Salah satu tanggungjawab yang wajib dilakukan ialah memelihara adab dan kesopanan dalam aspek pemakaian dan pergaulan. Wanita dan lelaki wajib menutup aurat dalam batas-batas yang tertentu. Dalam konteks wanita, Allah melarang wanita Islam dari tabarruj jahiliah melalui firmanNya, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj jahiliah seperti orang-orang jahiliah terdahulu...” (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Mujahid berkata: “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarrujul jahiliah.” Imam Qatadah pula berkata: “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu”. Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”. (Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa)

Ayat ini tidak bermaksud untuk mengongkong pergerakan wanita Islam. Ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi pernah mendoakan agar Ummu Haram ra dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan dari itu, Khalifah Omar Al-Khattab ra pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu As-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam mengizinkan wanitanya keluar rumah untuk suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada yang fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas yang telah ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan untuk memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka agar sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, seperti kecantikan.

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah. Islam merupakan agama yang menekankan akhlak dan adab di dalam semua perkara termasuk di dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut batas yang telah ditetapkan agama. Berhubung dengan wanita Islam, di antara ayat yang menjelaskan tentang batas-batas auratnya ialah firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita’.”

Seperti yang telah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Justeru ayat ini diturunkan agar kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini telah disebutkan oleh Imam Qartubi di dalam Al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun di dalam berpakaian, mereka boleh mendedahkan “(perhiasan) yang biasa ternampak daripadanya.” Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai “muka dan dua tapak tangan.” Abdullah ibn Omar mentafsirkannya sebagai “muka dan dua tangan.” Lebih dari itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan ketika berdepan dengan yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang telah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata. Hamka di dalam Tafsir Al- Azhar berkata: “Tidaklah kesemua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, R. Stevenson telah menulis di dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata: “Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: ‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka......!’ Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak untuk menunjuk-nunjuk......? Selepas kami berbincang tentang isu ini, kami dapati, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet untuk menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi. Penonjolan seks di dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak untuk mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Perubahan sikap serta peranan wanita pada hari ini telah memberi kesan negatif kepada masyarakat. Wanita moden didapati lebih cenderung untuk melakukan jenayah dan keganasan berbanding dengan zaman sebelum ini, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) di Amerika. Mengikut akhbar Daily Telegraph, London, bertarikh 16 September 1971, ramai pakar berpendapat peningkatan kes jenayah di kalangan kaum wanita ini disebabkan oleh penagihan dadah dan peranan wanita yang semakin berubah pada hari ini.

Tabarrujul jahiliah telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan pada hari ini. Pergaulan dan aktiviti seks bebas telah menjadi satu industri besar yang mencengkam masyarakat yang dikatakan maju pada hari ini. Laporan oleh Inter Press Service bertarikh 19 Ogos, 1998 menunjukkan, 2-14% dari kemasukan kasar negara-negara di Asia Tenggara adalah dari industri seks, mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Berdasarkan kajian ini industri pelacuran di Thailand dianggarkan mendatangkan kemasukan sebanyak $22.5-$27 bilion dari tahun 1993-1995, dan di Indonesia jumlahnya dianggarkan $1.2-$3.3 bilion setahun. Mengikut satu anggaran yang dilaporkan di dalam Global Child Health News bertarikh 4 Julai 1995, lebih kurang 10% daripada wanita di Thailand terlibat di dalam industri ini. Di Amerika pula, USA Today bertarikh 20 Ogos, 1997 melaporkan, rakyat Amerika membelanjakan wang sebanyak $8-$12 bilion untuk membeli dan melanggan bahan-bahan lucah.

Teknologi moden telah digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan industri ini. Di Amerika, mengikut Adult Chamber of Commerce, kemasukan dari industri seks melalui internet sahaja berjumlah $6 bilion. Di dalam USA Today bertarikh 20 Ogos 1997 dilaporkan, CyberErotica, salah satu laman web lucah yang popular di internet, mengandungi lebih daripada 10,000 gambar-gambar lucah dengan 1,000 gambar-gambar baru ditambah setiap minggu, dan keahliannya berjumlah 50,000 orang. Setiap hari lebih kurang 250,000 orang menziarahi laman web ini dan pemiliknya memperolehi $800,000 sebulan hasil dari perniagaan ini.

Tabarrujul jahiliah yang melahirkan seks bebas ini mempunyai padahnya. Ia menjadi salah satu sebab utama penyakit AIDS berkembang sehingga menjadi wabak yang tidak dapat dikawal lagi pada hari ini. Kesannya ke atas sistem ekonomi, sosial dan kekeluargaan tidak terkira besarnya. Seks bebas ada mukadimah atau rangsangannya dan di antara mukadimah itu ialah tabarruj (iaitu menghiaskan diri dan mendedahkan tubuh secara yang menggiurkan), pergaulan bebas serta sikap kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. Justeru Islam menyuruh kaum wanita memelihara dirinya dari kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki agar tidak melihat kaum wanita sebagai simbol seks. Allah berfirman, “Katakanlah kepada kaum lelaki dari golongan yang beriman: hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” (Surah An-Nur ayat 30)

(Untuk perincian dapatkan Empayar Minda Muslim karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin)Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)

Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Pengamal Perubatan selama 20 tahun,Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,Penulis 10 buah buku,Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Khidmat Runding
E-mel: dzcsyifa@streamyx.com

Ditulis oleh Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid

MARIKH BERPUTAR TERBALIK...

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT. PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP. KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM

tips untuk menilai hati kita bersih atau tidak

-hati kita terbukti kotor kalau ada orang beri nasihat,dengan pantasnya hati kita tergerak untuk condem2 orang itu,maka itu tanda2 Allah mungkin sudah butakan mata hati kita yang suci...
-tips ini yang paling senang...kalau saudara baca nasihat kami lalu saudara sudah hati panas,itu juga tanda besar mata hati saudara mungkin sudah dibutakan dan digelapkan untuk menerima ilmu2 suci dan baik2, mungkin...
-lekas2 lah ambik segelas cawan,bacalah bismillah dan minumlah,semoga hati yang panas terus menjadi sejuk dan tidak membawa saudara membuat dosa.

05 June 2008

my diary during holiday...

jumaat,23 mei

hari yang ditunggu telah tiba. x sabar mok pegi KILAS!! exam pon dah habis... tinggal paper ict jak gik. argh!!! kepak eh.. tidur ahe . dah lah x mandik sehari-hari... p x hal lah coz dak fesi pun x mandik juwak.kuikuikui...

sabtu,24 mei

hari kedua KILAS. penuh dengan game yang best-best. malamnya da muhasabah diri. tok lah first time nangis melampau-lampau sampe kembang mata. wawawawa!!!!!! malam tok juak dah berjaya mengubah kmk orang... timbul sinar keinsafan dalam diri...

isnin,26 mei.

hari tok da kelas ict. malas nyer mok pegi.... tapi apakan daya.. rela dalam terpaksa. dah lah kepak belum hilang. maklumlah baruk pulang dari program ilmuan islam kat pasir pandak. dalam kelas ict, kmk org blaja plah programming. best juak! tiada yang menarik ari tok...

selasa,27 mei.

sama juak da kelas ict. berentam polah assasment. dapat juak 2 markah... pegi tuisyen fizik. blaja pasal CRO. bleh tahan susah but interesting chapter!

rabu,28 mei.

ada gik kelas ict!p ari tok peperiksaan semester 1. paper ict susah giler. sempat juak polah assasment! petang aisyah n gang pegi stadium. mok dengar ceramah motivasi Dr.SMS
penuh stadium. puas hati dapat nangga dari dekat! ok lah. x berapa kacak. kuikuikui...

khamis,29 mei.

kelas ict gik. ari tok kmk org buat pc assambling. abis komputer rosak!! bestlah juak... x da yang best berlaku ari tok...

jumaat,30 mei

hah, dah nak abis bulan mei... da gik kelas ict. cam besalah polah assasment.
malamnya ngan mak beli kasut. pasya pegi mph. akhirnya dapat juak beli buku Quran Saintifik. best giler. geram juak mok beli novel karya faisal tehrani p ngenang duit x cukup...

sabtu,31 mei

akhirnya mei pun habis... ari tok da tuisyen bi. waktu rehat kmk,ciot n ainin gi satok. lapar gilak abis rm5 k beli barang makan jak. borosli jak...

ahad,1 jun

selamat hari gawai!! gayu guru gerai nyamai!! yeah!!!! pulang kampung... suma family bekumpul. rasa dalam suasana raya eh!! walaupun astro kenak potong, p x boring coz beloyar jak keja sehari-hari.

isnin,2 jun

ari tok kmk orang belajar buat pekyek jawa. senang jak... piece of cake jak... ari tok puas makan makanan kampung. yummy!!! sian nangga wa.. nya kenak sengat tebuan. 2 ekor gik ya!! dah lah nya alergic dengan sengatan binatang. pa lah malang nasib ari tok.. terdelete suma benda dalm pendrive!!! sedih giler.. terpaksa buat gik assasment...

selasa,3 jun

ari tok balit kuching. dah lah terus gi tuisyen. kepak giler... p rugi juak mun x turun. banyak ilmu yang dioleh.

rabu,4 jun

da gik kelas ict. p ari tok kursus toolbook yang diberik oleh sir othman. best. mula-mula ingatkan susah mok pake. duhal senang jak... malamnya da tuisyen add mat. berangkut beli pin muslimah. dah lah cute. warna merah gik ya!

khamis,5 jun

ari tok turun juak ke skool p x da kelas. polah assasment install utility and application software. ok lah.. dak anjang datang. mula-mula mok gi jalan p x jadi...

jumaat,6 jun.

ari tok polah diari tok. hehehe... tension carik information pasal open source OS. pening...pening... ari tok polah inai kali... gik tengah carik design yang kacak-kacak..